23 May 2009

Vintage Series - Kodak 'Brownie' Vecta

Posted by Manusia Putih

Kodak 'Brownie' Vecta Camera
Kodak 'Brownie' Vecta Camera
Kodak Brownie Vecta dihasilkan dari plastik dan merupakan kamera filem 127mm yang dihasilkan di UK oleh Kodak Ltd (dari 1963 hingga1966). Bukaan pada lensa plastik  adalah F/14 ,  serta mempunyai satu dail kelajuan.

Bidai (shutter) terletak di bahagian hadapan kamera. Antara keluaran terawal Kodak, mungkin kurang mesra pengguna.

Bahagian dalam kosong, menggunakan filem format 127mm. Filem ini asalnya direka untuk menyimpan 8 keping gambar dalam format 4x6.5 cm yang dihasilkan oleh Kodak. Filem ini juga dikenali sebagai filem Vest Pocket atau VP.

Selepas tahun 1960, penjualan filem 127mm mengalami kemerosotan. Kodak telah memberhentikan pengeluarannya pada tahun 1995. Satu-satunya kilang yang masih mengeluarkan filem ini terletak di Efke,Croatia, ianya masih dijual secara online.




2 comments:

Ninie Ahmad said...

ini mmg vintage....to 127 format film sng ke nk carik? beshnyerrrrr

Manusia Putih said...

senang jugak la..tapi online je la..haha..aku pun tatau berapa harganya...tp yg ni dalam dia simple..aku rasa leh guna lagi..felica tu macam dah teruk sgt kondisinya